Seorang wanita ditahan kerana berpelesiran di pekan ini dalam keadaan bogel kira-kira jam 4.30 petang, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, perempuan berusia 42 tahun itu kemudiannya dibawa ke Hospital Kulim untuk mendapatkan rawatan.
Menurutnya, kejadian itu merupakan kali ketiga mangsa ditemui sebelum dihantar balik ke rumahnya di Sungai Puyu, Pulau Pinang.
"Dari maklumat diterima melalui saksi yang berada di tempat kejadian, mangsa tidak mengganggu orang awam, selain kencing di merata tempat.
"Menurut doktor pakar sakit jiwa yang merawatnya berkata, sebelum ini mangsa berada dalam keadaan normal sehingga dia terlibat dalam kemalangan yang melibatkan kecederaan di bahagian belakang pinggangnya," katanya.
Ghuzlan berkata, akibat insiden itu mangsa tidak dapat mengawal derianya sekiranya ingin kencing, bagaimanapun mangsa akan pulih sekiranya mendapatkan rawatan rapi.
"Doktor yang merawatnya juga tidak menafikan kemungkinan keluarga mangsa tidak mempedulikan mangsa sehingga hidup melarat," katanya.
Polis kemudiannya memaklumkan kejadian itu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan mangsa diarahkan mendapatkan rawatan sementara bagi membolehkan dia ditempatkan di Hospital Bahagia.
Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri
SERANGAN UNTUK MERUNTUHKAN MUAFAKAT NASIONAL
5 years ago
0 comments:
Post a Comment