Friday, December 21, 2012

KELANTAN DARUL MAKSIAT - PERGHH, DAHSYAT STATEMENT ORANG PAS NI. Fuiyoooooo..

Apabila masuk ke Kelantan melalui Merapoh, terlihat papan tanda di sempadan Pahang-Kelantan yang begitu besar tertulis di depannya Dinar Emas, Kelantan dan Undilah Calon Pas di Galas.

Kedua-dua iklan papantanda itu memberikan gambaran yang begitu besar betapa hebatnya Pas di Kelantan ini.

Setelah penat memandu penulis berhenti di kedai makan di Gua Musang dan terlihat muka depan laporan akhbar "perogol semakin bertambah". Penulis hanya tersenyum.

Ketika itu juga seorang lelaki tua berkopiah masuk ke kedai bersama tiga rakannya dan membaca muka depan akhbar itu lalu berkata:" Gapo nok jadi loni. Dulu Kelate ni kato Serambi Mekah loni jadi srupo Serambi Maksiat."

Dengan nada berseloroh dia berkata Kalau sewaktu dulu sebelum Merdeka Kelantan merupakan laluan kapal laut kepada Melayu nusantara untuk berhenti singgah berehat dan mengumpul bekalan sebelum meneruskan perjalanan ke Mekah untuk tunaikan Fardhu Haji.

"Loni Kelate jadi serambi maksiat, judi, pelacuran, puok-puok MPKB buat senyap jah selama 21 tahun Pas dok pege Kelate. Bilo surat khabar gege baru nok gerok. Ni perogol pulok koho banyok, 41 kes rogol pahtu paling ramai terlibat budok-budok mudo umur bawah 17 tahun, sapa 38 kes.

"Ore loni tok takut tuhan doh. Hudud hok ado pun atas kertas jah. Simpan ko Nik Aziz (Menteri Besar Kelantan). Wat gapo ado hukum tu kalu tok pakai, Orang Pas ni pakat dok tipu rakyat jah, kecek jah sedap," katanya.

Penjelasan lelaki yang dikenali Pok Nik itu, menyedarkan penulis betapa Kelantan ini sudah lama melaksanakan Hudud dan Qisas di negerinya sejak 1993, iaitu sudah 18 tahun undang-undang itu diluluskan di Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Sememangnya penulis tidak pernah dengar kerajaan Pas Kelantan melaksanakan undang-undang Hudud di negeri ini mahupun secara berterusan menerangkan kepada rakyat apakah fungsi undang-undang itu.

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelaskan ketika membentangkan enakmen Hudud di negerinya pada 2001 menjelaskan bahawa Hudud merupakan undang-undang ditetapkan Allah agar manusia tidak melanggarnya kerana ia akan membawa kepada kejatuhan moral bangsa itu.

Jika bangsa itu jatuh nilai moralnya maka lambat laun ketamadunannya akan turut jatuh ini termasuk ekonomi, sosial dan politik bangsa itu.

Dengan menjelaskan hadith nabi Muhammad bahawa baginda diutuskan untuk membawa agama Allah bagi membaiki akhlak manusia, Abdul Hadi berkata Hudud itu bertujuan mendidik manusia manakala hukumannya adalah untuk menakutkan mereka yang melakukannya supaya menghindarkan perbuatan itu seperti berzina, mencuri, pecah amanah, murtad dan mengkhianati orang Islam yang lain, melakukan fitnah ke atas orang yang baik dan membunuh.

Kesemua ini memberi implikasi terhadap moral atau akhlak bangsa. Dari penjelasan itu adakah kita melihat Kelantan pimpinan Nik Abdul Aziz membawa ke arah membaiki akhlak rakyat Kelantan ataupun hanya sibuk berpolitik dengan menjahiliyahkan semua pihak kecuali Pas, tanpa mengendahkan pembangunan moral rakyatnya.

Fikirlah di mana Hudud yang didabik Nik Aziz, Senyap saja malahan negeri-negeri pembangkang sekarang tidak mahu melaksanakan Hudud di negeri mereka. Ini bermakna perjuangan Pas kini bukan lagi untuk Islam tetapi untuk menang pilihan raya sahaja.

Bak kata Pok Nik "Pas loni kalu menang perintah Malaysia gak, Agamo dio tinggal. Tengokla tok cayo."

-KELATEKITO.NET


Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

1 comments:

  1. tak hairan langsung.. dulu masa utusan ke sape yg dedahkan rumah pelacor dkt sahaja dengan pejabat Nik Aziz, aku tanya kawan aku..

    kat kelantan pun ada ke macam ni..
    dia jawab.. apa nak hairan..kat Arab dan mekah pun ada pelacor...

    aku jawab singkat aje.. kalau sana yang haram ada kat kelantan pun wajib ada la... kira dah jatuh halal...

    satu lagi bila satu artikel Harakah yang jelas memfitnah aku tanya dia lagi... dia cakap tak apa.. harakah bukan akhbar arus perdana... macam UTUSAN...

    so kesimpulan... Harakah halal memfitnah sebab hanya khusus untuk orang PAS...

    ReplyDelete

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC