Saturday, December 15, 2012

@cmlimguaneng BAKAL TERSUNGKUR. 4 GROUP MULA UNDI TOLAK LGE DALAM AGM DAP. SIAPA KAH ITU OLANG.

Hari ini 15hb dan 16hb di Pulau Pinang berlangsungnya Kongres DAP. Para perwakilan dari seluruh negara akan berkampung di sini untuk memilih 66 calon untuk mengisi 20 jawatan penting didalam DAP.

Pemilihan anggota CEC kali ini melibatkan pertembungan 4 kumpulan ;

Kumpulan Lim Guan Eng/Kit Siang
Nga Kor Ming Dan Ngeh Khor Ham
Teng Chang Kim bersama kumpulan Rainbow
Boo Cheng Hau (Johor)


Apa yang menariknya dalam ramai memperkatakan kononnya kareer politik Karpal Singh bakal berakhir sebenarnya beliau menjadi rebutan 3 kumpulan .Begitu juga dengan kaum India,sebelum ini didalam DAP mereka dilihat terpinggir dan sering kali dianak tirikan sekarang ini mereka menjadi rebutan bagai anak emas.


Selain dari kumpulan Guan Eng dan Kit Siang,3 kumpulan ini  hanya memerlukan sokongan daripada Karpal Singh,P Ramasamy,M Kulasegaran Ahli Parlimen Ipoh Barat,Ganabatirau Veraman,Sivakumar Adun Tronoh dan Sivasubramaniam Adun Buntong.


Jika 3 kumpulan ini berjaya mendapatkan sokongan sudah pasti kumpulan Guan Eng/Kit Siang akan tergugat dan selepas ini dalam pemilihan parti 2015 kedudukan Guan Eng akan terancam.Ini kerana CEC yang baru dipilih berhak menentukkan siapa calon pilihanraya dan menentukan hala tuju parti.


Manakala saranan Karpal agar setiap calon hanya boleh bertanding untuk satu kerusi semasa PRU13 mendapat sambutan yang begitu hangat daripada perwakilan.Mereka berasakan pemimpin DAP tidak perlu tamak ,jika yang sudah bertanding untuk kerusi DUN maka untuk kerusi Parlimen harus diberikan kepada orang lain.Cadangan Karpal secara tidak langsung mampu untuk membunuh Tokong Guan Eng dan kroni kroninya.


Teng Chang Kim sekarang ini hangat diperkatakan mampu mengugat kedudukan Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung parti,Apatah lagi Goh Leong San Pengerusi DAP Melaka,Dr Boo Cheng Hau dilihat berganding bahu bersama Chang Kim untuk mengalahkan Guan Eng dan kumpulannya.

Perwakilan DAP Pulau Pinang di sini cukup bersemangat untuk memilih calon calon mereka terutamanya anak negeri Pulau Pinang apatah lagi semalam semasa jamuan di Fisherman Wharf,Sunshine Bayan Baru Chow Kon Yeow menyeru kepada pengerusi cawangan agar membawa lebih ramai ahli DAP Pulau Pinang turun ke Pisa.


Adakah ini sebagai satu indikator DAP Pulau Pinang untuk menolak bukan anak negeri yang menjadi halangan kepada mereka sejak sekian lama..


Dalam membicarakan siapa dipilih untuk menjadi anggota CEC,DAP tetap dikuasai oleh ultrakiasu chauvanis rasis yang sesekali tidak akan memberi muka kepada kaum India dan melayu.


Pisau kata "Senarai 66 yang bertanding..tak ada pula nama Aspan Alias dan Arif Sabri ..kalau DAP tu nak sangat melayu..kenapa 2 ekor ni tak bertanding?


Kredit to: http://www.pisau.net/2012/12/kongres-dappemilihan-cec-pertembungan-4.html?


Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC