Wednesday, December 19, 2012

PANAS - DR ASRI VS HJ HADI. SEMPOI. @drmazacom #hadiawang

Dr Asri walaupun menyarankan agar Hj Hadi Awang menarik secara rasmi amanat tersebut, beliau tak boleh cakap itu perkara lama. Walaupun dah 30 tahun berlalu, masih ramai ahli PAS yang masih berpegang kepada amanat ini terutamanya di kampung dan pedalaman yang mana ahli PASnya begitu totok, ekstrim dan fanatik sekali. Walaupun lama, kesannya masih tersemat erat di sanubari ahli PAS yang totok.
Percayalah wahai Dr Asri.

Hadi Awang harus keluarkan arahan agar amanat yang pernah dikeluarkannya itu harus tidak boleh digunapakai lagi. Itu baru memuaskan hati semua pihak. Buat sajalah Hj Hadi, apa yang nak malu sangat? Jangan letakkan keegoan diri kita terlalu tinggi sehingga tak boleh direndahkan.


****************

Sambil menyifatkan isu Amanat Haji Hadi sebagai "kisah lama", bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, adalah lebih baik sekiranya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat penarikan secara rasmi amanat yang pernah diberikan kepada ahli Pas lebih tiga dekad lalu.

Menurutnya, amanat yang berbunyi Umno itu kafir diungkapkan Hadi sewaktu angin kebangkitan Islam kira-kira 30 tahun lalu. 
"Sungguhpun ahli Pas hari ini sudah tidak mengamalkan amanat tersebut, tetapi Hadi wajar membuat penarikan semula sebagai pencerahan kepada masyarakat.

"Ini perkara lama. Amanat tersebut diungkapkan ketika zaman muda beliau (Hadi). Ketika itu angin kebangkitan Islam mempengaruhi segenap pemuda ditambah dengan ketegangan sistem Perlembagaan yang menjadi teras negara ini," katanya kepada Sinar Harian mengulas gesaan dua mufti agar Hadi menarik balik amanat beliau.

Katanya, perkara sama turut berlaku kepada ramai tokoh-tokoh pemimpin muda pada ketika itu.
"Pas sekarang sudah lain. Saya melihat kepimpinan hari ini sudah tahu hala tuju perjuangan mereka. Hadi juga sudah bertemu dengan pemimpin parti lain termasuk Umno.

"Jadi, ahli parti itu sudah boleh mengagak dan tahu amanat lama sudah tidak ada lagi," katanya.

Menurutnya, penggabungan Pas bersama Pakatan Rakyat (PR) juga memperlihatkan parti itu semakin realistik dalam perjuangan politik mereka.

"Jika dapat dibuktikan, masih wujud ahli yang berpegang teguh dengan amanat seumpama itu, bermakna Hadi perlu tampil membuat penarikan semula dengan segera," katanya.-


Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC