Sikap 'pilih bulu' kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dalam mengagihkan bantuan kepada rakyat menunjukkan mereka sememangnya tidak layak diberi mandat untuk memerintah di negeri ini.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, antaranya ialah tindakan meminta ibu-ibu tunggal membuktikan di mahkamah bahawa mereka mengundi calon Pas, DAP dan PKR dalam pilihan raya umum lalu sebagai syarat untuk mendapat elaun RM100 yang dijanjikan.
Menurutnya, tindakan yang dibuat oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu tidak sepatutnya berlaku dalam mana-mana pentadbiran dan sama sekali berbeza dengan apa yang dilakukan oleh BN dalam mengagihkan bantuan kepada rakyat.
"Prinsip BN adalah tidak meletakkan syarat sokongan parti politik ketika mengagihkan skim-skim yang diumumkan. Asalkan individu terbabit berkelayakan maka seseorang itu layak untuk menerima mana-mana bantuan.
Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri
SERANGAN UNTUK MERUNTUHKAN MUAFAKAT NASIONAL
5 years ago
0 comments:
Post a Comment