Saturday, December 22, 2012

PANAS - CALON PAS PARLIMEN LARUT TINGGALKAN PAS ANGKARA BAIAH TALAK TIGA. MENYESAL BELIAU.

Setelah 7 bulan menyertai PAS, akhirnya Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman melahirkan rasa kecewa menyertai PAS. Borang keahlian menyertai PAS telah diserahkan pada 21 Mei 2012 di Taman Kota Wira, Ulu Sepetang Taiping.

Borang keahlian diserahkan sendiri oleh Datuk Fauzi Shaari kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang disaksikan oleh Mohamad Sabu, Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain dan Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty.

Pada hari ini mengejutkan apabila Datuk Fauzi melahirkan rasa kesal menyertai PAS kerana disuruh berbaiah untuk tidak meninggalkan PAS. 

"Kalau saya tahu begini keadaan PAS taubat saya tidak akan menyertainya. Masuk PAS umpama masuk parti DAP. Belum apa-apa saya disuruh bersumpah baiah cerai isteri talak 3 jika saya tinggalkan PAS"

Semasa menyerahkan borang keahlian PAS, beliau menerangkan bahawa niatnya menyertai Pas bukan untuk menjadi calon atau mempunyai jawatan tertentu, tetapi sekadar mahu membantu PAS ke arah kerja-kerja Islam yang dibawa PAS. Namun kini semuanya seakan-akan bertentangan dengan apa yang dikehendaki oleh Datuk Fauzi. 

"Takkan saya hendak menyertai DAP, saya melihat Pas lebih konsisten dalam perjuangan yang membuatkan saya memilih parti Islam itu. Saya memilih politik kerana berniat untuk berbakti dalam Islam selepas pencen ini, Pas adalah lebih syumul."

"Sekurang-kurangnya, saya boleh memberikan pendedahan kepada Pas apa sebenarnya yang berlaku dalam polis, ada juga kebaikan, tetapi tidak nampak, sekurang-kurannya akan menjernihkan tafsiran masyarakat kepada polis,"

Melihat kepada kenyataan-kenyataan Datuk Fauzi sebelum ini menampakkan bahawa beliau menolak DAP dan ingin memperbaiki PAS daripada dalam, namun sebaliknya berlaku kerana diminta berbaiah cerai talak 3. 

Kredit to: http://harapan-esok.blogspot.com/2012/12/bekas-polis-menyesal-masuk-pas-dipaksa.html?m=1


Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC