Monday, December 17, 2012

Nik Aziz Gesa Penceramah Pas Guna Ayat Quran Spin Segala Isu. Tuu Dia, Dah Terdesak Sangat Ni.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu penceramah mewakili partinya menggunakan ayat-ayat suci al-Quran yang sesuai dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Menurutnya, berdasarkan keadaan negara yang kian menghampiri pilihan raya umum, beliau mengingatkan kalangan penceramah menggunakan ayat-ayat al-Quran bagi menterjemah kepada rakyat mengenai pembentukan kerajaan Islam.

"Apabila ceramah (kita) kena sebut ayat al-Quran. Sekarang ini dekat dengan hari mengundi, (jadi) bacalah ayat sesuai berhubung membentuk kerajaan Islam," katanya ketika berucap di Majlis Perasmian Himpunan Kebangkitan Rakyat Pas Ganti Umno (PGU) 6.0, di Paka, kelmarin.

Beliau menjelaskan, sebagai penceramah dalam sebuah parti yang memperjuangkan Islam, penggunaan ayat-ayat suci al-Quran digalakkan sebagai penegasan kepada rakyat sesuai dengan perkembangan semasa.

Sementara itu, Menteri Besar Kelantan itu turut menyifatkan Umno sebagai sebuah parti yang tidak layak menjadi jentera Islam.

Beliau yang sebelum ini turut melabelkan Umno sebagai sebuah parti murtad menjelaskan bahawa parti itu tidak mampu memimpin rakyat ke arah bertakwa kepada ALLAH atau 'ittaqullah'.

"Umno tak layak nak pimpin rakyat ke arah ittaqullah dan untuk melaksanakannya perlu dibuat oleh parti Islam dan tiada parti yang seumpama itu melainkan Pas," katanya ketika berucap di Majlis Perasmian himpunan Kebangkitan Rakyat Pas Ganti Umno 6.0 di Paka, di sini, kelmarin.

Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

2 comments:

  1. tok guru segala pembelit.cari duit jual lelong ugama dasar manusia jahat

    ReplyDelete
  2. Apabila sahabat karib syaiton berkata2.....'lakukn apasaja waima memutarbelit agama asalkn perjuangan syaiton berjaya'...n ajis + syaitan = PAS

    ReplyDelete

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC