Pada artikel kali ini, kami akan kongsikan cara untuk jimatkan bateri telefon Blackberry. Pastinya sesiapa sahaja yang pakai Blackberry mesti akan mengalami masalah bateri cepat habis.
Masalah ini hanya berlaku kepada pengguna yang aktifkan BIS (BlackBerry Internet Service) sahaja. Sekarang kami akan memberikan beberapa tips yang sangat berguna untuk jimatkan bateri sehingga 40% berbanding biasa.
1) Guna Aplikasi Penjimat Bateri.
2) Tukarkan Network Mode kepada 2G sewaktu kita tak melayari internet. Penggunaan 3G yang berterusan akan mengakibatkan bateri lebih cepat habis. Kalau bateri memang dah tahap betul-betul nak habis, anda boleh tutup data sevice. Sekurang-kurangnya bateri kita boleh tahan lebih lama untuk hal-hal kecemasan.
3) Kurangkan Backlight Brightness ke tahap yang paling minimum.
4. Kurangkan tempoh masa Backlight Timeout. 30 saat dah cukup.
5. Untuk memaksimunkan lagi penjimatan, anda boleh tutup Wifi dan Bluetooth selepas digunakan.
6. Akhir sekali, tutup semua aplikasi yang tidak digunakan.
Selamat Mencuba !
Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri
Friday, January 11, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment