Tuesday, April 9, 2013

BUKTI2 BERGAMBAR TABUNG WIRA LAHAD DATU DI SONGLAP PAS. Macam Tabung Milo Dan Memali Jugak Lee..

Tindakan mengutip derma untuk atas nama anggota keselamatan yang terkorban di Lahad Datu menggunakan akaun parti politik merupakan satu tindakan pecah amanah yang serius. 

Ini kerana adalah mustahil untuk sesebuah parti atau pertubuhan mengetahui yang mana satu derma untuk pertubuhan mereka yang mana satu derma untuk perajurit.

Tindakan Parti Islam se-Malaysia mengutip derma untuk perajurit yang terkorban di Lahad Datu menggunakan akaun parti sendiri merupakan satu kesalahan serius. 

Malahan tidak mustahil sumbangan dan derma tersebut telah pun disalahgunakan.

Apakah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan mendiamkan diri dengan perbuatan sebegini ?

Sudah puas menghina dan mempermainkan perasaan wira-wira negara yang berjuang mempertahankan kedaulatan negara di Lahad Datu, Sabah, puak-puak PAS cuba membuat "damage control" dengan umpan "tabung Lahad Datu" versi Pakatan Haram.

Terpampang di media online rasmi PAS, Harakahdaily, tentang kempen "tabung Lahad Datu" yang kononnya dikutip untuk waris-waris wira negara yang terkorban dari "sandiwara Tian Chua" itu.

Kononnya, "tabung" mereka itu adalah "tabung khas" yang sama seperti "Tabung Wira Lahad Datu" yang dianjurkan Kumpulan Media Prima. 

Betulkah begitu ? 

Dan apakah hasil derma dan sumbangan itu akan terus disalurkan kepada waris-waris mangsa ?

Di iklan "tabung" anjuran PAS itu tertera nombor akaun Maybank bernombor 5640 2540 0414. 

Cuba bawa wang RM10 dan cuba tekan nombor tersebut di mesin "cash deposit" di bank berkenaan.

Jangan terkejut "beruk" sekiranya anda dapati bahawa akaun "tabung khas PAS" itu didaftarkan di atas nama "Parti Islam Se-Malaysia" atau lebih dikenali sebagai PAS !

Ia berbeza dengan akaun Maybank anjuran Kumpulan Media Prima yang bernombor 5142 7133 9000, di mana jelas menunjukkan bahawa akaun itu didaftarkan khas di atas nama "Tabung Wira Lahad Datu".

Sebenarnya, saya was-was dengan segala tabung yang dicipta atau dianjurkan oleh PAS. 

Sejarah menunjukkan PAS sememangnya "pantang" dan "allergic" dengan perkataan "tabung" dan sebarang perkara yang berkaitan dengannya.

Misalnya, "Tabung Memali". 

Tabung tersebut kononnya dikutip oleh PAS dan dikhaskan untuk membantu waris-waris tragedi Memali di Baling, Kedah, beberapa puluh tahun dulu. 

Namun "tabung" tersebut lesap entah ke mana.

Malah waris-waris tragedi Memali sendiri merungut dan kecewa apabila hak mereka dinafikan dan wang yang terkumpul untuk mereka itu tidak disalurkan secara telus. 

Mesin jahit yang kononnya dibeli untuk mereka menyara diri pun habis dijual puak-puak PAS !

Kalau jumlah kutipan tabung Memali itu hanya berjumlah RM2, mungkin kita boleh tolong gantikan. 

Tapi kalau hasil kutipannya yang berjumlah berjuta-juta ringgit, padanlah PAS bersikap "kelam mata" dan memaksa Cikgu Non untuk tutup mulut, bukan ?

Selain itu, tabung Koperasi Kohilal yang ditubuhkan PAS yang kononnya bertujuan untuk meningkatkan ekonomi para pengikut ajaran mereka juga khabarnya diseleweng teruk dan didiamkan begitu saja.

Sehingga kini, tiada sesiapa pun di dalam PAS yang mampu merungkai kehilangan dan kerugian yang ditanggung oleh Kohilal. 

Kehilangan wang itu kekal menjadi "misteri" yang mungkin "ghaib" bagaikan "dicuri bunian kayangan"…

Jadi, apakah kita boleh percaya dengan Tabung Perajurit Tragedi Lahad Datu yang dianjurkan PAS itu ?

Sudahlah didaftarkan di atas nama "Parti Islam Se-Malaysia", kita khuatir dan ragu-ragu sekiranya wang tersebut sebenarnya akan digunakan sebagai dana PRU ke-13 bagi membiayai kempen PAS kali ini di seluruh Malaysia.

Saya faham, mungkin PAS tak cukup lagi mengutip wang dari para pengikutnya menerusi tabung, tong, karung dan guni yang diedarkan ketika mereka mengadakan majlis ceramah. 

Tapi kalau terdesak sangat pun nak pakai duit, tak payahlah buat cara begini. 

Buruk sangat caranya…

Kalau betul nak kutip wang untuk waris-waris wira Lahad Datu, apa kata kalau PAS pergi bertemu sendiri dengan waris-waris berkenaan dan minta nombor akaun mereka. 

Siarkan nombor akaun tersebut supaya wang sumbangan itu terus disalurkan ke akaun yang terlibat. 

Susah sangat, kah ?

Bukan apa, melalui sejarah "tabung" yang dianjurkan PAS, saya yakin ramai rakyat di negara ini yang was-was dan tidak percaya dengan cara parti itu mengendalikan amanah rakyat itu. 

Kalau duit pengikut sendiri pun PAS "kebas", apatah lagi wang rakyat ? 

Lesap lagilah nampaknya…

Sumber: info 4 the truth blog


Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC