Friday, January 11, 2013

Dirogol Rakan Sekelas Ketika Ponteng Bersama. Lepas Tu Syok Pulak Dia.

Tindakan seorang pelajar perempuan tingkatan dua sebuah sekolah menengah di sini, yang mengikut rakan lelaki sekelasnya ponteng sekolah membawa padah apabila menjadi mangsa rogol oleh rakannya itu.

Dalam kejadian pada 17 September lalu, mangsa, 14, dipercayai tidak mengikuti sesi pembelajaran seperti biasa dan mengikut suspek, 14, bersiar-siar di kawasan bandar raya ini, sebelum dirogol di dalam kawasan semak.

Bagaimanapun, kejadian itu hanya terbongkar selepas mangsa dimarahi ibu bapanya setelah dimaklumkan pihak sekolah berhubung perbuatannya yang ponteng sekolah pada hari kejadian.

Ibu bapa mangsa yang tidak berpuas hati dengan masalah disiplin anak mereka akhirnya mengambil keputusan membawa mangsa berdepan dengan guru kaunseling sekolah berkenaan pada keesokan harinya, bagi mendapatkan sesi kaunseling.

Namun, selepas diberi kaunseling dan dipaksa menceritakan kejadian sebenar, mangsa baru membuka mulut memberitahu kejadian itu sebelum kedua ibu bapanya mengambil keputusan membuat laporan polis di Balai Polis Chabang Tiga, di sini.

Susulan laporan dibuat, suspek yang berasal dari Kampung Seberang Baruh, Chabang Tiga, ditangkap di kediamannya kira-kira jam 2.40 pagi semalam.

Sementara itu, Pendaftar Kanan Mahkamah Sesyen, di sini, Mohd Rusli Ahmad, semalam membenarkan suspek direman empat hari bermula semalam untuk disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.


Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC