Friday, January 4, 2013

PANAS - BEKAS AGEN PERAIH UNDI PAS BONGKAR JIHAD PALSU DAN MUSLIHAT AMANAT HADI.

Kebanyakan warga tua mudah tertipu dengan Amanat Haji Hadi sehingga ia dijadikan pegangan dalam perjuangan politik yang dianggap mereka sebagai jihad pada jalan Allah.

Bekas ejen meraih undi yang juga penyokong tegar Pas, Tuan Zakaria Tuan Ya, 52, mendakwa, penangan 'jihad' yang dicanang pemimpin Pas menyebabkan sebilangan besar ahli dan penyokong parti berani menegakkan perjuangan mereka walaupun sehingga menumpahkan darah.

Beliau mendakwa, jihad dan mati syahid menjadi impian penyokong tegar Pas, apatah lagi janji balasan syurga kalau mengundi parti itu menjadi bahan kempen pada setiap pilih raya umum.

"Semuanya karut kerana sengketa yang berlaku hanya membabitkan sesama Melayu atau sesama Islam. Masyarakat berpecah belah ekoran kafir mengkafir dan pulau memulau sehingga ada yang sanggup memutuskan tali persaudaraan kerana menganggap orang yang menyokong UMNO kafir," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di Kampung Tok Der, Selising, dekat sini hari ini.


Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC