Pendedahan berhubung rancangan jahat yang dirancang oleh PKR, telah dibuat sebelum ini. Walaupun agak mengejutkan berhubung rancangan PKR untuk menimbulkan kekacauan dan huru-hara di beberapa tempat seperti di Gombak, Lembah Pantai, Permatang Pauh, Setiawangsa, Wangsa Maju, Bagan Serai, Bukit Katil, Muar, Pandan dan Sabak Bernam.
10 Parlimen tersebut merupakan 'kerusi panas' untuk PKR. Kalau dahulu, PKR menguasai atau hampir menguasai, sekarang PKR semakin jauh daripada menggapainya. Justeru, PKR memerlukan bantuan keganasan dan kekacauan untuk membolehkan mereka berkuasa, sepertimana cubaan gagal di Sabah melibatkan lanun-lanun Sulu Kiram yang sekarang ini tidak ubah seperti tikus basah yang sedang diburu.
Pendedahan berhubung surat tersebut telah dibuat oleh 'orang dalam' Ibu Pejabat PKR di Tropicana sendiri. Beberapa surat 'rahsia' lain turut dihantar dan diedarkan bagi menyedarkan masyarakat pengundi tentang kejahatan dan niat sebenar Azmin Ali yang sedang bertungkus lumus untuk menyelamatkan jawatan dan kedudukannya selain membuktikan bahawa dia merupakan Timbalan Presiden PKR yang paling efektif dan paling hebat.
Taktik PKR untuk menimbulkan kekacauan dan mencipta persepsi buruk terhadap SPR telah lama dilakukan. TWITTER dan FACEBOOK menjadi medan yang paling popular untuk memburuk-burukkan SPR, memandangkan PKR sudah tidak berapa yakin dengan kekuatan mereka lagi.
Isi kandungan surat yang kami terima, mengesahkan tentang taktik jahat dan licik PKR. Apa yang mampu dilakukan oleh para pemimpin serta pecacai Pakatan Rakyat ialah, menimbulkan keraguan terhadap surat tersebut selain menuduh UMNO dan Barisan Nasional yang menciptanya, walaupun sebenarnya surat itu datang dari Ibu Pejabat PKR di Tropicana.
Atau lebih tepat lagi dari pejabat Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali!!!
Sumber: flyingkick
Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri
0 comments:
Post a Comment