Namun ramai yang ingat itu hanyalah gurauan main-main sahaja, sehinggalah pagi ini apabila media dimaklumkan Papagomo akan mengambil borang calon di Ibu Pejabat SPR Wilayah Persekutuan.
Berduyun-duyunlah wartawan dan jurugambar terjah pejabat SPR Wilayah Persekutuan yang terletak di bangunan Yayasan Selangor Kampung Baru.
Lebih kurang jam dua petang, muncul Presiden Nadi Rakyat Rafi Awang Kecik, yang mewakili Papagomo.
Menurut Rafi, Papagomo akan kejar ke mana saja kerusi yang akan ditandingi Anwar, samada Permatang Pauh atau bukan.
Rafi yang membaca kenyataan media Papagomo yang antara lain mengumumkan hasrat untuk bertanding pada pilihanraya ini menentang Anwar di Permatang Pauh.
"Saya telah pun mengambil borang calon SPR bagi melayakkan diri saya bertanding di Parlimen Permatang Pauh pada PRU13 ini melalui wakil saya Rafi Awang Kecik yang juga merupakan Presiden Nadi Rakyat Malaysia,"kata Papagomo.
Kata blogger popular tersebut, beliau mahu bertanding bagi menunjukkan beliau benar-benar serius untuk meminta Anwar berundur secara terhormat dari arena politik negara.
Dalam sidang media tersebut Rafi berkata, Papagomo sebenar akan muncul di Permatang Pauh.
Jelas beliau, sebagai Presiden Nadi Rakyat yang mempunyai 7000 ahli seluruh negara, mereka akan berkempen untuk Papagomo.
"Kami juga akan menaja dari segi kewangan untuk tujuan kempen,"ujarnya.
Rafi tidak menolak kemungkinan akan guna 'video' dalam kempen tersebut.
Bila ditanya apakah pendedahan itu akan dibuat dalam bentuk wayang pacak, Rafi kata "tengoklah."
Menjawab satu soalan, Rafi kata semua ahli Nadi Rakyat yang tengok video tu yakin itu Anwar.
Papagomo merupakan blogger yang mendedahkan beberapa siri salah laku moral didakwa membabitkan Anwar sebelum ini.
Anwar juga telah mengambil tindakan saman RM100juta terhadap seorang individu Wan Mohd Azri Wan Deris yang didakwanya adalah Papagomo.
Sehingga kini identiti sebenar Papagomo masih lagi misteri dan kemunculan beliau di Permatang Pauh sudah pasti menarik perhatian ramai.
BERIKUT KENYATAAN PENUH PAPAGOMO
Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya penduduk di Permatang Pauh Pulau pinang.
Saya telah pun mengambil borang calon SPR bagi melayakkan diri saya bertanding di Parlimen Permatang Pauh pada PRU13 ini melalui wakil saya Saudara Rafi Awang Kecik yang juga merupakan Presiden Nadi Rakyat Malaysia.
Saya mengumumkan untuk bertanding pada pilihanraya ini menentang Dato Sri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh bagi menunjukkan kepada Dato Sri Anwar Ibrahim yang saya benar benar serius untuk meminta beliau berundur secara terhormat dari arena politik negara.
Sebelum ini saya telah pun memberikan amaran agar beliau berundur bagi mengelakkan video-video beliau dipaparkan kepada umum. Namun Dato Sri Anwar masih degil dan mahu mengheret pekara ini dengan lebih besar lagi.
Tun Dr Mahathir pernah memberikan Dato Sri Anwar Ibrahim nasihat untuk berundur secara terhormat sewaktu beliau menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Keewangan. Tun Dr Mahathir memberikan Dato Sri Anwar Ibrahim peluang untuk tidak diaibkan. Jadi saya juga telah melaksanakan apa yang idola saya Tun Mahathir lakukan dengan memberikan Amaran dan nasihat untuk Dato Sri Anwar Ibrahim berundur secara terhormat sebelum diaibkan dengan lebih dasyat lagi.
Saya mahu bertanding kerana saya mahu menyatakan kebenaran sebagai satu bukti nyata yang saya bukanlah menfitnah. Saya tampil masuk gelanggang bagi menyampaikan perkhabaran kepada dunia saya mahu rakyat sedar betapa rendah dan jijik moral Dato Sri Anwar Ibrahim yang mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Didalam pilihanraya ini lah medan terbaik untuk saya mendedahkan segala galanya yang mana dibantu dengan rakan rakan seperjuangan yang lain seperti Dato Eskay, Dato Nallakarupan, Ezam Mohd Nor, Ng Lum Yong, Zahid Mat Arip, Yb Zulkifli Nordin, Anuar Shaari, Hamizun, dan ramai lagi bekas bekas orang kanan Anwar Ibrahim yang kenal bentuk tubuh Dato Sri Anwar Ibrahim.
Kalah sudah pasti buat saya tetapi saya akan pastikan pengundi permatang pauh kenal dengan lebih dekat siapa Dato Sri Anwar Ibrahim ini apatah lagi dengan bukti yang ada ditangan saya.
Nantikan saya pada hari penamaan calon di Permatang Pauh. Misi Selamatkan Negara akan dilaksanakan saya dengan dibantu seluruh jentera NGO Nadi Rakyat yang diketuai Presidennya Saudara Rafi Awang Kecik.-8/4/2013
Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri
dulu org cakap macam macam pasal papagomo. penakut le dll. sekarang dia dah keluar. ape lagi mana dia org yg cakap macam macam tu belasah le......
ReplyDelete