Sunday, January 6, 2013

HOT - SELANGOR DARUL SEKS. SPA DI KAJANG TAWAR KHIDMAT SEKS. JOM TERJAH.

Kegiatan sebuah pusat kesihatan yang menawarkan perkhidmatan seks dalam spa terbongkar selepas serbuan polis di sebuah hotel di sini, kelmarin.

Difahamkan, ketika serbuan kira-kira jam 9 malam itu, premis yang dilengkapi lebih 20 bilik kecil dipenuhi wanita sedang menunggu pelanggan.

Seramai 31 pelacur termasuk warga asing dari Vietnam (11), China (2), Indonesia (2) dan Rusia (1) ditahan dalam serbuan kira-kira jam 9 malam itu.

Serbuan yang dilakukan unit risikan dan operasi perancang dan pencegahan jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor diketuai Inspektor Emmi Shah Fadhil turut menahan lima pelanggan, dua penjaga premis dan empat pekerja.

Jurucakap polis berkata, semua warga asing yang ditahan didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk masuk ke negara ini.

Menurutnya, semua yang ditahan berusia 20 hingga 30 tahun dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kajang untuk siasatan.

"Premis beroperasi 24 jam itu tawarkan pakej boleh mencecah sehingga RM218, tetapi setiap pelacur hanya diberi RM25 bagi perkhidmatan dan mengikut permintaan pelanggan," katanya.

Sumber: sinaronline


Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC