Sunday, January 6, 2013

VIDEO - GADIS INDIA YANG DIROGOL & DICAMPAK DARI BAS KINI TERSEBAR. SUMBER @aljezeera_homsi @AJEnglish

Rakan lelaki mangsa rogol berkata, dia dan kawannya yang meninggal dunia di Singapura baru-baru ini, diserang lebih dua jam oleh sekumpulan lelaki sebelum mereka dicampak dari bas dalam keadaan bogel.

Dalam temu bual pertama bersama wartawan sejak insiden 16 Disember lalu, yang menarik perhatian seluruh dunia, lelaki itu berkata, dia dan rakannya, seorang pelajar berusia 23 tahun menaiki sebuah bas selepas menonton filem Life of Pi dan membeli tiket sebelum diserang.

Dia juga mengkritik pihak polis yang memberi respons dingin selepas mereka dicampak dari bas dalam keadaan bogel.

Mereka menaiki sebuah bas persendirian untuk pulang ke rumah, katanya dalam temu bual bersama rangkaian televisyen Zee TV.

Malah dia juga mengecam kerana orang ramai yang melihat keadaan mereka enggan memberi bantuan.

Pihak berkuasa tidak menamakan kedua-dua mangsa dasar sensitiviti. Stesen televisyen juga enggan menyiarkan namanya.

Dia muncul dengan patah kaki dan hanya bergerak menggunakan kerusi roda.

Kawannya meninggal dunia di Singapura hujung minggu lalu ketika menerima rawatan susulan.

Kelmarin, lima orang dihadapkan di mahkamah atas beberapa tuduhan termasuk merogol dan membunuh.

Kelima-lima tertuduh boleh dihukum mati jika sabit kesalahan. Kes mereka dijadual untuk didengar di sebuah mahkamah khas hari ini.

Individu keenam dijangka dihadapkan di mahkamah juvenil.

Lelaki itu berkata, bas dinaiki mereka bercermin gelap dan dia percaya bahawa mereka diperangkap.

"Kami cuba mengelak mereka. Malah kawan saya (mangsa rogol) cuba melawan mereka, dia cuba menyelamatkan saya," katanya.

"Dia juga telah cuba menelefon bilik kawalan polis di nombor 100, tetapi tertuduh merampas telefon bimbit dia," katanya.

Selepas itu tertuduh membawa rakannya ke bahagian belakang bas dan merogolnya.

Dia juga mengesahkan laporan awal bahawa tertuduh selain mencampak keluar mereka, juga telah cuba membunuh mereka dengan merempuh mereka.

"Serangan ini sangat kejam, saya tidak dapat menceritakan kepada anda... malah binatang juga tidak akan bertindak macam ini," katanya.

Katanya, selepas diserang, dia ada mendengar tertuduh berkata sesama mereka yang rakannya sudah meninggal dunia.

Dia menambah, kumpulan lelaki berkenaan mencampak mereka yang berdarah dan bogel di laluan atas jalan dilalui bas dinaiki mereka.

Katanya, dia meminta mereka yang melalui laluan mereka dicampak, tetapi "ada yang memperlahankan kenderaan, melihat keadaan kami bogel, dan beralih."

"Selepas 20 minit kemudian, tiga anggota polis datang dan mereka bertengkar mengenai kuasa kawasan kawal sediaan masing-masing," katanya yang meminta bantuan mereka agar disediakan pakaian dan ambulans.

Dia berkata, "dia (mangsa rogol) membangkitkan kita menerusi semangat dia."

"Orang ramai seharusnya bertindak untuk mengelak jenayah seperti ini daripada berulang," katanya lagi.

VIDEO KENA ROGOL: http://www.aljazeera.com/news/asia/2013/01/201314193611960396.html
Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC