Rakyat berpendapatan rendah di bahagian pulau negeri ini terutamanya bangsa Melayu mungkin terpaksa berpindah ke Seberang Perai menjelang 2014 sekiranya tiada dasar perumahan komprehensif disediakan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow berkata, berdasarkan kajian Institut Pulau Pinang yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri, keadaan itu boleh berlaku berikutan harga rumah yang melambung naik sehingga 50 peratus pada tahun lalu berbanding 2006.
"Ini yang kita tidak mahu lihat. Kita mahu atasi dan BN mampu menyelesaikan perkara ini," katanya ketika berucap dalam program Jelajah Janji Ditepati di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini hari ini.
Chang Yeow menambah, buat masa ini tiada perancangan atau dasar perumahan disediakan oleh kerajaan DAP bagi membantu golongan berpendapatan rendah memiliki kediaman sendiri.
Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri
SERANGAN UNTUK MERUNTUHKAN MUAFAKAT NASIONAL
5 years ago
0 comments:
Post a Comment