Tuesday, December 11, 2012

ISU CALON PRU13 PARLIMEN LARUT - PAS SEMAKIN BERTELAGAH, MENANTU HJ HADI MAKIN DITOLAK.

"Tiada campur tangan orang luar melainkan semuanya memang ahli Pas yang menyokong Yang Dipertua Pas Kawasan Larut, Dr Mohd Dhari Othman, kata Ketua Pas Cawangan Sungai Bayor, Ahmad Zanian Md Shuhor.

Beliau berkata, tuduhan mendakwa terdapat orang luar ketika bantahan enam cawangan utama dalam Dun Selama Sabtu lalu adalah tidak benar sama sekali.

Menurutnya, kalaupun ada orang luar, mereka adalah penduduk kampung yang menyokong Mohd Dhari dan bersetuju untuk mengundi beliau.

"Ini yang kita mahu, tak kisahlah jika dia bukan ahli Pas asalkan dia beri undi untuk Pas. Saya tahu orang luar yang dimaksudkan itu tetapi mereka memang ahli Pas.

"Mereka sudah menyerahkan borang keahlian dalam satu majlis di Kampung Tapah yang diadakan sebelum ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Menurutnya, bantahan dibuat i atas kapasiti individu kerana tidak bersetuju dengan calon yang akan bertanding di kawasan ini.

"Saya tidak boleh memanggil semua ahli untuk menyokong saya kerana mereka mempunyai pandangan tersendiri mengenai calon. Saya menghormati calon pilihan mereka," katanya.

Pada masa yang sama beliau turut menafikan kenyataan Ketua Pemuda Pas Larut, Nazri Din yang mendakwa program berkenaan diadakan ketika program bubur asyura.

"Program (bubur asyura) itu sebenarnya hari ini (semalam) bukan semasa sidang media itu.

Katanya, sebahagian besar yang hadir pada hari itu untuk menyokong sidang media berhubung isu tersebut.

"Saya ralat apabila beliau (Nazri) mengeluarkan kenyataan sedemikian dan saya juga kesal memandangkan beliau adalah seorang ustaz," katanya.


Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC