Dakwaan pembangkang kononnya terdapat 300,000 kaum India di negara ini tiada dokumen pengenalan diri atau tidak menjadi warga negara Malaysia terbukti tidak berasas dan lebih bermotif politik, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Menyifatkan dakwaan itu sebagai 'pembohongan besar', Hishammuddin berkata, hanya 308 permohonan diterima daripada sekumpulan kecil yang berhimpun di hadapan ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) semalam.
"Jumlah permohonan disampaikan pada kita (JPN) hanya 308 permohonan, bukan 308,000. Daripada 308 permohonan, 280 permohonan untuk kad pengenalan merah dan bukan untuk kewarganegaraan.
"Ini sekali gus menunjukkan hujah mengatakan ada 300,000 kaum India di luar sana tidak ada kewarganegaraan satu pembohongan besar dan mungkin ada muslihat menjelang pilihan raya ini untuk mencari isu-isu yang boleh menimbulkan kemarahan dan kebencian," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyaksikan majlis Pendaftaran Perkahwinan Beramai-ramai Pasangan Bukan Islam bertemakan Raikan Cinta 121212 di JPN, semalam.
Hishammuddin berkata, dakwaan itu bertujuan meniup perasaan benci terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), selain cuba mencetus konflik kerana hanya babitkan satu kaum.
"Sejak (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib memimpin negara kita, saya diminta selesai semua kes-kes tertunggak. Kami dah proses 98,000 permohonan," katanya.
Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri
SERANGAN UNTUK MERUNTUHKAN MUAFAKAT NASIONAL
5 years ago
Salam Perjuangan,
ReplyDeleteBlog saudara telah lama dilinkkan diblog Sungai Rapat Online bersama PCT, jika nak lihat blog anda di Blog Sungai Rapat Online klik pada home dan link blog anda berada di atas sekali