Monday, December 10, 2012

Kelantan Bakal Muflis 2014. Nik Aziz Di Selar Masyarakat.

Pelaksanaan dasar undang-undang di Kelantan yang mengenakan tindakan terhadap penduduk bukan Islam boleh menjejaskan aktiviti pelancongan di negeri itu.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata, pelaksanaan undang-undang itu turut memberi risiko kepada sektor pelancongan antarabangsa.

Menurutnya, pelancong terutama dari luar negara akan mempertikaikan kekangan untuk memasuki negeri itu sekiranya membawa teman lelaki atau wanita.

"Kita mempunyai potensi menarik pelancong luar negara untuk menikmati pelbagai tarikan di Kelantan.

"Tetapi pelaksanaan undang-undang tidak munasabah boleh menyekat pertumbuhan ekonomi pelancongan di negeri itu," katanya pada sidang media selepas menyempurnakan program berbasikal di Taman Tasik Raub, semalam.

Yen Yen berkata, Kelantan terkenal dengan pelbagai tarikan kebudayaan dan khazanah warisan yang boleh ditonjolkan sebagai aset pelancongan.

Katanya, tindakan tegas Kerajaan Kelantan terhadap pengusaha bukan Islam juga menjejaskan pertumbuhan ekonomi tempatan.

"Sepatutnya fikir lebih mendalam dan secara menyeluruh setiap dasar ingin dilaksanakan supaya tidak membawa keburukan kepada sesetengah pihak.

"Seperti pengusaha salon atau kedai gunting rambut yang turut dikenakan kompaun jika membenarkan pekerja wanita bukan Islam memotong rambut lelaki juga bukan Islam," katanya.


Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC