Sunday, December 2, 2012

BREAKING NEWS - Abang Maut Dibelasah Adik Dalam Pertengkaran

Seorang remaja maut selepas dibelasah oleh adik kandungnya dalam satu pertengkaran di Kem Sungai Ara, Bayan Lepas di sini malam tadi.
   
Dalam kejadian kira-kira 7 malam itu, mangsa berusia 17, mati akibat mengalami kecederaan dalaman di kepala di Hospital Pulau Pinang (HPP).
   
Difahamkan pertengkaran berlaku apabila suspek, 15, yang baru pulang ke rumah dikatakan mengusik adik perempuan mereka yang berusia enam tahun.
   
Mangsa yang sedang berbaring di atas sofa dikatakan tiba-tiba bangun dan terus menendang suspek.
   
Marah dengan tindakan abangnya, suspek kemudian bertindak menumbuk bahagian kepala abangnya berkali-kali sehingga rebah di atas lantai.
 
Mangsa, anak sulung daripada tiga beradik itu baru sahaja selesai menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) Isnin lalu.
   
Menurut jurucakap polis, ibu mereka cuba meleraikan pergaduhan antara dua beradik itu namun gagal dan juga meminta jiran untuk membawa mangsa ke HPP.
   
"Polis sudah menahan suspek di kediaman mereka bagi membantu siasatan," katanya.
   
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Hatta Md Zin ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.- Bernama


Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC