Tuesday, December 4, 2012

MESTI BACA - RATING AGM UMNO 2012 VS MUKTAMAR PAS 2012. SIAPA HEBAT.

Abdul Hadi Awang berkata, rakyat tidak perlu takut untuk berubah. Beri Pakatan Rakyat peluang untuk mentadbir dan peralihan kerajaan akan berjalan dengan harmoni.

Dua minggu selepas tawaran itu, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak pula berkata, perubahan masih boleh dialami tanpa mengubah kerajaan. Beliau mahu kerajaan Barisan Nasional (BN) dikekalkan.

Pada Khamis lalu, Najib selaku Presiden Umno berkata, pihaknya akan kembali bersidang di Dewan Merdeka dengan kekal berkuasa dan membentuk kerajaan.

Bulan lalu, negara menyaksikan dua parti terbesar di negara ini mengadakan perhimpunan tahunan masing-masing.

Pas, sebuah parti berteraskan Islam mengadakan Muktamar Tahunan kali ke-58 di Dewan Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa. Pas, salah satu parti komponen Pakatan Rakyat (PR) yang turut dianggotai oleh PKR dan DAP- merupakan parti tertua di antara ketiga-tiga parti di dalamnya.

Sementara, Umno pula mengadakan Perhimpunan Agung Tahunan 2012 minggu lalu. Parti politik terbesar di Malaysia itu merupakan parti teras dalam BN yang telah memerintah negara ini sejak merdeka lagi.

Jika diimbau sejarah, kedua-dua parti politik hakikatnya saling kenal-mengenali waima pernah duduk sebumbung sekitar 70-an.

Namun hari ini - 2012 yang bakal melabuh tirainya bersama dengan teki-teki  tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bakal diadakan- menjadi saksi Umno dan Pas bukan lagi 'teman sebumbung' tapi seteru politik paling agung.

Apa tidaknya, pantang sahaja ada ruang, pasti masing-masing lantang dan sinis menyindir kedua-duanya.

Pas dengan cara Pas, Umno dengan cara Umnonya.

Senario ini jelas dapat dilihat dalam pertemuan tahunan Pas dan AGM Umno kali ini.

Hadi umpamanya dalam ucapan dasarnya, yang bertemakan  "Negara Berkebajikan Teras Perpaduan", menggambarkan Umno sebagai sebuah parti yang gagal memartabatkan Islam.

Penganalisis berpendapat Muktamar Tahunan Pas kali-58 menzahirkan pakatan pembangkang itu masih bercelaru dan tidak sepakat waima dalam hal paling penting iaitu siapa Perdana Menteri jika perikatan itu menang dalam PRU13 ini.

Wakil Dewan Ulama ketika membahaskan ucapan dasar presiden berkata, beliau yakin bahawa tidak ada individu lebih layak  untuk menjawat jawatan Perdana Menteri selain Hadi.

Meskipun kenyataannya itu menyimpang jauh daripada beberapa pendirian dalam pakatan pembangkang bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan menjawat jawatan itu, Hairun Nizam Mat Hussain menegaskan, beliau yakin sebilangan ahli Pas mahukan Hadi menerajui negara.

Untuk statistik sila baca seterusnya: http://www.sinarharian.com.my/mobile/politik/rating-muktamar-pas-agm-umno-2012-1.109724


Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC