Tuesday, December 4, 2012

WTF - LAGI PROVOKASI ISRAEL. SIAL LA KORANG NI. #Israel #Palestine #Gaza #SaveGaza #1KDN4Peace

Israel mengumumkan untuk menyekat lebih AS$100 juta (RM304 juta) bayaran cukai dan dana lain yang dikumpulkan oleh mereka bagi pihak Palestin.

Sekatan itu diputuskan oleh Perdana Menteri Benjamin Netanyahu bersama menteri Kabinet semasa mesyuarat mingguan di Tel Aviv, semalam.

Tindakan itu diambil kononnya sebagai hukuman ke atas Palestin di atas kejayaan mereka menaik taraf status kepada negara pemerhati bukan anggota di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis lalu.

Kabinet turut meluluskan resolusi yang menyebut bahawa Israel tidak akan berunding mengenai dasar PBB yang akan mengiktiraf Tebing Barat, Baitulmaqdis Timur dan Genting Gaza sebagai negara Palestin.

Dalam satu kenyataan, Menteri Kewangan Yuval Steinitz berkata, kerajaan akan menggunakan wang yang sepatutnya dipindahkan kepada Palestin itu untuk membayar hutang di dalam negara.

Difahamkan, ini adalah 'serangan balas' kedua yang diambil oleh Israel selepas mereka mengumumkan rancangan untuk membina penempatan haram Yahudi termasuk pelan pembangunan di kawasan strategik di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur. - AP


Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC