Sunday, December 16, 2012

HADI TAK KISAH PLURALISME. Biar Betol Orang Tua Ni. Nyanyok Ke Apa?

Pas tidak kisah gambaran DAP berhubung kerjasama antara kedua-dua parti itu, termasuk menyifatkan hubungan mereka berdasarkan atas prinsip pluralisme atau kepelbagaian agama.

Perkara itu dijelaskan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengatakan pluralisme merupakan satu bentuk fahaman yang tidak boleh dipaksa.

Bagaimanapun, beliau meminta orang Islam supaya berpendirian tegas terhadap agama sendiri.

"Pluralisme itu merupakan kehidupan manusia yang kita tidak boleh paksa dan kita tegas dengan agama kita sendiri kerana ALLAH TAALA membawa dua pendekatan. Pertama, tiada agama yang ALLAH terima melainkan Islam.

"Yang kedua, tiada paksaan dalam agama dan sebab itu dalam negara Islam diizinkan bukan Islam jadi rakyat," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Perasmian Himpunan Kebangkitan Rakyat Pas Ganti Umno 6.0 di Paka, semalam.

Majlis dirasmikan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan dihadiri pimpinan Pas Terengganu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Penasihat DAP, Lim Kit Siang bahawa parti itu mendekati dan bekerjasama dengan Pas dalam PR bukan kerana negara Islam, tetapi atas prinsip galakan demokrasi, pluralisme, kepelbagaian budaya, hak asasi manusia, hak wanita dan pembangunan negara.


Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

1 comments:

  1. Salam mohon dipautkan blog MMI mahamissa.blogspot.com terimakasih

    ReplyDelete

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC