Saturday, December 15, 2012

MAKLUMAT SUlIT - SENARAI MB NEGERI-NEGERI JIKA PAS PERINTAH M'SIA. DAP/PKR KENA KENCING.

Dalam DAP berkata senarai calun bagi Pakatan Rakyat akan ditentukan apabila dekat pilihanraya, PAS telah membuat perancangan sendiri tanpa mempedulikan DAP dan PKR.

Di depan mereka, PAS buat-buat kerjasama, tapi rupanya mereka dah buat perancangan sendiri sebagaimana Nik Aziz berkata peduli  sama Putarajaya tapi utamakan pertahan DUN Kelantan.

PAS terpaksa berbuat demikian kerana tekanan dari bawah yang tidak tahan dikatakan PAS diperguna PKR dan DAP. Pihak PAS mahu pengundi percaya PAS hanya berpura-pura bekerjasama dalam Pakatan Rakyat tapi sebenarnya masih kekal dengan agenda mereka.

Pihak PAS telah mengatur untuk meletakkan Dato Mahfuz Omar sebagai bakal MB Kedah.

Beliau akan bertanding di DUN Kuala Muda untuk menggantikan Dato Seri Azizan Razak yang kian uzur dan lalai dalam menguruskan Kerajaan Negeri dengan baik. Jika Azizan dikekalkan, PAS melihat beliau tidak berupaya menangani pertelingkahan dalaman parti.

Sebelum pihak DAP menawarkan mana-mana orang Melayu DAp untuk jadi boneka DAP di Negeri Sembilan, PAS merancang meletakkan Dr. Rosli Yaakub sebagai MB negeri Sembilan. Dia dijangka  bertanding di DUN Chembong.

Asas cadangan melantik beliau sebagai MB adalah berdasarkan pengalamannya selama 15 tahun dalam Bank Negara Malaysia. Menurut PAS, beliau memegang jawatan sebagai Penolong (1) Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia. Ada ke jawatan sedemikian? Bukankah Dr Rosli hanya setakat Manager saja?

Di Perak, PAS akan mengenepikan Dato Muhamad Nizar Jamaluddin dan PAS Pusat dtelah bersepakat mahu meletakkan Ahmad Awang sebagai MB. Beliau dijangka bertanding di DUN Selinsing.

Alasan keputusan PAS Pusat ini adalah berdasarkan pengetahuan beliau yang mendalam mengenai adat istiadat negari Perak. Tindakan PAS mengenepikan Nizar Jamaludin adalah atas bantahan meluas akar umbi parti kerana terlalu tunduk dengan kehendak DAP ketika memegang jawatan MB sekejap hingga berlaku lompat parti dan menyebabkan kehilangan kuasa Pakatan Rakyat.

Jika angan-angan PAS menawan Johor tercapai, PAS Pusat sudah membuat keputusan melatakkan Salahuddin Ayub sebagai bakal MB Johor. Beliau akan bertanding di Parlimen Pulai serta DUN Puteri Wangsa. Salahuddin juga mempunyai pilihan sebagai Menteri Kabinet jika PAS menang PRU13.

Dato Tuan Ibrahim Tuan Man pula bakal menjadi MB Pahang jika PAS menang di Pahang. Dia akan  bertanding di DUN Jengka. Tuan Ibrahim dilihat sesuai kerana beliau seorang yang mempunyai kredibiliti yang baik dan hubungan baik dengan istana Pahang.

Beliau juga ada hubungan kekeluargaan dengan MB Kelantan.

Sementara itu, PAS Pusat akan menamakan Syed Azman Syed Mohammad sebagai bakal calon MB jika bayangan Hadi dapat dipadamkan dari ingatan pengundi Terengganu.

Beliau akan bertanding di DUN Batu Buruk. Manakala Wahid Endut pula akan menerajui Pas negeri berkenaan sebagai Pesuruhjaya Pas.

Jika Dato Nik aziz mengundurkan diri, PAS Pusat sudah membuat keputusan untuk meletakkan Timbalan MB yang ada, Dato Ahmad Yaakub sebagai bakal MB. Ahmad Yaakub bakal bertanding di DUN Pasir Pekan.

Manakala jawatan Tim MB Kelantan pula akan di sandang oleh Dato Nik Amar Nik Abdullah yang akan bertanding di DUN Panchor. Dato Husam Musa pula akan bertanding di parlimen Kubang Kerian serta mempertahankan DUN Salor pada PRU akan datang.

Kredit to: unspinner blog


Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

1 comments:

  1. Lupakan ajela angan2 pas pok nik tu wahai ahli2 pas ori. Pru ini kita undi umno dan bn dan dibawah bn insyaAllah perjuangan Islam akan lebih terjamin.

    ReplyDelete

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC