Thursday, December 6, 2012

LIVE @bharianmy UNTUNG LA DIA - PILIH MADU UNTUK ISTERI.

Seorang lelaki yang mahu berkahwin kali kedua dilaporkan banyak kali menangguhkan untuk memberitahu niatnya itu kepada isterinya, seorang guru sekolah, lapor media di sini, semalam.

Ia sedikit sebanyak disebabkan dia membuat andaian bahawa isterinya tidak mungkin bersetuju dan memberi masalah pula kepada rumah tangga mereka. Bagaimanapun, lelaki terbabit mendapat kejutan apabila niatnya untuk berkahwin lagi diterima.

Pada masa sama, dia juga diberi satu syarat iaitu hanya isterinya boleh membuat pilihan siapa boleh menjadi pasangan barunya.

Tidak cukup dengan itu, isterinya juga memberi kejutan baru terhadap lelaki tidak dinamakan itu iaitu dia sudah memilih seorang pelajarnya untuk dijadikan teman hidup suaminya, lapor sebuah laman web.

Malah, belum sempat lelaki itu mengucapkan terima kasih atas penerimaan hasratnya, isteri lelaki itu membuat satu lagi kejutan iaitu menawarkan untuk menanggung semua kos perbelanjaan perkahwinannya. Lelaki bertuah itu kemudian berkahwin dengan gadis itu yang berkongsi semua dengan gurunya.

"Malah, isteri pertama menawarkan untuk membiayai perkahwinan sebagai hadiah kepada suaminya kerana mahu menjadi contoh kepada semua wanita antipoligami," lapor akhbar Sabq.

Pasangan berkenaan berkahwin di wilayah selatan Arab Saudi, Jazan. Kisah itu sama sekali berbeza dengan kejadian di wilayah Asir apabila seorang lelaki berkahwin empat sekali gus untuk membuktikan kepada bekas isterinya yang percaya tiada lagi wanita sedia mengahwininya selepas mereka berpisah. Agensi


Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC