Friday, December 7, 2012

MUTAKHIR @hmetromy - Dera Seks Pegawai Publisiti Popular

Polis menahan pegawai publisiti terkenal Britain, Max Clifford semalam bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penderaan seks melibatkan pengacara televisyen yang meninggal dunia Oktober lalu.

Kes itu telah menggegarkan industri media Britain.

Peguamnya mengesahkan bahawa Clifford yang terkena kerana mewakili selebriti-selebriti dan sejumlah personaliti di Britain, ditahan untuk memberi keterangan berhubung kes penderaan seks.

Tetapi peguam itu tidak dapat memberitahu butir-butir siasatan.

"Clifford kini disoal siasat oleh pihak polis dan beliau akan memberi kerjasama sepenuhnya  dan membantu pihak polis dalam siasatan," kata  peguam itu, Charlotte Harris.

Pihak polis berkata seorang lelaki berusia 60-an ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan seksual berkaitan siasatan melibatkan personaliti televisyen Jimmy Savile.

Tetapi, atas tuntutan undang-undang pihak polis tidak dapat mendedahkan nama suspek yang ditahan semalam.

Pihak polis telah memulakan Operasi Yewtree untuk menyiasat sejumlah dakwaan penderaan seksual yang dibuat ke atas Savile dan beberapa yang lain susulan satu dokumentari dibawa oleh ITV Oktober lalu.

Pendedahan itu membawa kepada keterangan beberapa mangsa.

Polis percaya Savile, yang meninggal dunia Oktober lalu pada usia 84, telah mendera  sehingga 300 wanita muda dan budak perempuan sepanjang beberapa dekad.

Savile, yang menjadi tuan rumah TV popular BBC kanak-kanak program termasuk "Jim'll Fix It" dan "Top of the Pops," merupakan program  TV popular.

Beliau juga terkenal dengan sifat dermawan dan sanggup memberi sumbangan berjuta-juta pound untuk tujuan kebajikan.


Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC