Thursday, December 6, 2012

STRATEGI UMNO PERAK - Shhhh, Diam-Diam Nanti PR Tahu..

MB Perak: Ahli Umno pilih 'No 1' soalan cepumas PM

Pemimpin dan anggota Umno menunjukkan semangat dan kesedaran yang tinggi untuk menyokong siapa pun calon bagi mewakili Barisan Nasional (BN) jika mereka tidak terpilih untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, semangat itu dicetuskan melalui amanat Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung parti itu minggu lepas.

"Walaupun ditempelak (Setiausaha Agung DAP) Lim Guan Eng yang mempersoalkan tangisan anggota Umno saya nak maklumkan itu satu mesej jelas kepada pembangkang.

"Mereka tahu kali ini semangat anggota Umno sangat lain. Bukan hanya semangat tapi penuh dengan kesedaran untuk lakukan satu anjakan baru sebab itu ia dikhuatiri oleh pembangkang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini semalam.

Beliau berkata, mereka yang berpotensi dan calon sedia ada juga memberi komitmen kepadanya untuk bersama-sama pucuk pimpinan dalam menentukan calon yang layak mewakili BN.

"Mereka tidak akan berasa kecewa sekiranya tidak dicalonkan dan bagi yang dicalonkan pula ia bukan keistimewaan tetapi satu cabaran dan amanah yang diberi kepada mereka," katanya.

Zambry yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri berkata komitmen dan bai'ah yang diberi oleh pemimpin dan anggota Umno menyokong keputusan pucuk pimpinan termasuk soal calon pilihan raya akan datang, akan diterjemah ke peringkat akar umbi di kesemua 24 bahagian di Perak.

"Jadi peganglah iltizam itu, peganglah janji yang kita beri kepada pucuk pimpinan dan janji yang kita zahirkan kepada anggota Umno seramai lebih tiga juta ini untuk memastikan pilihan raya akan datang, BN akan terus mempertahankan kedudukannya dan memastikan kerusi-kerusi yang kita kalah diambil semula," katanya. - Bernama


Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC