Lagi premis peniaga Melayu di Batu Feringghi diroboh!
Seorang pengusaha agensi pelancongan di Jalan Batu Feringghi di sini kerugian kira-kira RM50,000 apabila premis perniagaannya diroboh oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) hari ini.
Tindakan itu diambil oleh MPPP atas alasan premis Mohamad Yusoff Ibrahim, 59, dibina secara haram di atas tanah pihak lain. Kira-kira 20 anggota penguat kuasa MPPP terlibat dalam kerja-kerja merobohkan premis tersebut pada pukul 11 pagi.
Mohamad Yusoff tiada di premisnya ketika operasi merobohkan gerainya dilakukan kerana dia terlantar sakit di rumah. Seorang pegawai penguat kuasa MPPP yang mengetuai operasi berkenaan memberitahu, premis tersebut didirikan di atas tanah milik individu.
Beliau yang enggan dikenali berkata, notis telah diberikan kepada Mohamad Yusoff, dua minggu lalu.
Sementara itu, Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Daerah Timur Laut, Mohd. Rizuad Mohd. Azudin berkata, pihaknya kecewa dengan Kerajaan DAP Pulau Pinang yang seolah-olah 'lepas tangan' dalam isu berkenaan.
Menurutnya, Mohamad Yusoff mendakwa Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman sebelum ini pernah memberi jaminan akan membantunya dalam isu tersebut.
"Apabila pemimpin kerajaan negeri memberitahu dia boleh beroperasi di sini, bermakna dia telah mendapat mandat untuk meneruskan perniagaan.
"Namun hari ini premisnya dirobohkan juga. Kerajaan DAP Pulau Pinang memang zalim," ujarnya.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Wednesday, July 20, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment