Tuesday, July 12, 2011

FAKTA.. KHALID GAGAP PENIPU BESAR..

Ini seorang lagi 'baka' penipu...!!! - Selangor tak pernah sasar kutip hasil pasir RM150j setahun?

Kerajaan Negeri Selangor tidak pernah meletakkan sasaran mengutip hasil perlombongan pasir sebanyak RM150 juta setahun, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata, sebaliknya kutipan hasil daripada aktiviti tersebut di Selangor hanyalah melebihi RM100,000 setahun.

"Kami tidak pernah meletak sasaran hasil kutipan pasir pada kadar RM150 juta setahun.

"Berdasarkan hasil kajian yang dilakukan awal tahun 2008, seluruh industri pasir (di Selangor) memberi pulangan melebihi RM100,000," katanya ketika menjawab soalan Wong Koon Mun (BN-Kuala Kubu Baru) mengenai hasil kutipan pasir di Selangor pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Pada 2009, Abdul Khalid dalam ucapan bajet negeri telah menyatakan sasaran hasil kutipan perlombongan pasir di negeri tersebut sebanyak RM150 juta setahun melalui penubuhan syarikat Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).

Bagaimanapun ketika pembentangan Bajet 2011 negeri pada November tahun lalu, Abdul Khalid menyatakan sehingga Oktober 2009, hasil daripada royalti pasir yang diterima oleh kerajaan negeri pada tahun berkenaan tersasar daripada sasaran awal iaitu RM4.6 juta.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

1 comments:

  1. Khalid ni memang kaki auta macam ketuanya Anwar, pandai berlakon...!!!

    Harap dapat dilink blog hamba disini..
    Terima Kasih..

    http://klboyzwangsa.blogspot.com/

    ReplyDelete

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC