Monday, July 18, 2011

Azizan Razak PAS akhirnya melutut depan Kit Siang DAP..!!!

Ikuti kisah yg TC perolehi dari FB berkaitan ustaz jijan di Kedah.. Aduhai PASngok..

Dalam hal Penutupan Pusat-Pusat Hiburan di Kedah pada Ramadhan ini, niat awal Kerajaan PAS Kedah amatlah murni sekali ...

Sehinggakan aku sebagai penyokong kuat UMNO pun turut merasa amat gembira dengan keputusan "BERANI" (di peringkat awal haritu) ... bahawa Kerajaan PAS Kedah telah mengarahkan agar semua premis hiburan di Kedah WAJIB DITUTUP OPERASINYA sepanjang Bulan Ramadhan ...

Tapi amatlah sayangnya, apabila taring PAS Kedah waktu itu yang sudahpun sedikit terserlah, kini telahpun dihancurkan selunyai-lunyainya oleh DAP !!!...

Apabila timbul sahaja komplen & pembelaan daripada Parti Cina itu yang membela (kononnya) para pengusaha premis hiburan berkenaan, ianya telah menyebabkan PAS Kedah terkencit-kencit ketakutan dan terus menarik balik arahan penutupan pusat hiburan sepanjang Bulan Ramadhan nanti.

PAS Kedah hanya berani sebut, "DENGAN SYARAT TIDAK MEMBENARKAN ORANG ISLAM BERKUNJUNG SEPANJANG RAMADHAN".

Kenapa jadi begini ? Kenapa hanya orang Islam diarahkan sedemikian? ...

Bukankah PAS Kedah sudah mempunyai kuasa mutlak dan taring yang ampuh untuk meneruskan hasrat murni tersebut kepada seluruh Rakyat Kedah ? GUNAKANLAH SEADANYA !!

Cubalah berani sikit, dengan menguatkuasakan PENUTUPAN PUSAT HIBURAN walaupun ianya hanya dalam bulan puasa untuk SEMUA ORANG ISLAM DAN BUKAN ISLAM !! ...

Cubalah terapkan budaya keislaman di Kedah ni, walaupun hanya sebulan kepada keseluruhan kaum yang bukan Islam, supaya mereka juga boleh merasai dan cuba menerima cara hidup Islam dengan lebih praktikal.

BILA LAGI PAS NAK GUNAKAN KUASA YANG ADA UNTUK KESYUMULAN SYIAR ISLAM ?!?

Kalau beginilah keputusan "playsafe" PAS, sampai bila-bila pun Negara Islam yang dihajati oleh pengasas PAS selama ini akan terus tinggal impian sahaja.

(Memang patutlah PAS sanggup tukar untuk berjuang demi Negara Berkebajikan pulak!)

Adakah PAS Kedah amat takutkan DAP??

Aku dapat bayangkan muka Kit Siang tersenyum puas tanda menang..!!! Khuakkkhh Ptuihhhhh...!!! Buat kerja cara Islam la, Ustaz Azizannnn..!!!


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC