Friday, July 15, 2011

AMBIAWAK patut di Lucut kerakyatan kerana pencetus revolusi di negara ini..

Kerajaan dicadangkan agar mempertimbangkan tindakan melucutkan kerakyatan mana2 individu atau pihak yg cuba mencetuskan revolusi dengan memburuk2kan negara ini.

Profesor Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Dr. P.Sivamurugan berkata, ia antara langkah bagi memastikan asas perpaduan, keharmonian dan kesejah teraan antara kaum di negara ini dapat dikekalkan pada masa depan.

Beliau berpendapat, pihak yg mahu mencetuskan revolusi atau sebagainya sehingga merosakkan negara dan rakyat sudah tidak lagi mempunyai semangat serta nilai nasionalisme.

"Maka saya fikir adalah lebih baik kerajaan melucutkan kerakyatan mereka yg terlibat kerana golo ngan ini sebenarnya tidak lagi mempunyai kesetiaan kepada negara ter masuklah tidak lagi mendokong Perlembagaan dan melihat kepentingan rakyat secara keseluruhan," katanya.

Sementara itu, Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam mengingatkan rakyat negara ini supaya bijak menilai tindak-tanduk pihak2 yg mahu mencetuskan revolusi di negara ini ke rana sejak merdeka sehingga kini, negara aman dengan rakyat pula hidup dalam perpaduan.

Ujar beliau, jika ada pihak yg mahu mencetuskan revolusi, ia satu perkara yg tidak masuk akal kerana sejarah revolusi yg berlaku baik di Amerika Syarikat, Perancis dan sebagainya adalah disebabkan tekanan, tiada kebebasan serta jurang kemiskinan yg terlampau tinggi dalam kalangan rakyat.

"Namun di Malaysia, perkara sedemikian tidak berlaku. Rakyat bebas melakukan apa yg mereka suka selagi tidak melanggar undang2. Mungkin revolusi yg mahu dicetuskan pihak tertentu di negara ini mempunyai kepentingan politik peribadi," kata beliau.



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC