Thursday, July 7, 2011

3 GURU & 30 MURID DIJADIKAN TEBUSAN DI SELAMATKAN..

Muar, 7 Jul - Tiga guru dan kira-kira 30 murid Tadika Serikids di Taman Sungai Abong Cemerlang, Muar dijadikan tebusan seorang lelaki bersenjatakan parang.

Pihak UTK telah mengepung kawasan kejadian & perbincangan masih dijalankan antara pihak polis & penjenayah. Menurut IPD Muar keadaan terkawal. Mangsa kesemuanya berketurunan cina termasuk penjenayah tersebut.

Sehingga 3 petang tadi, 34 tebusan Tadika Serikids di Muar belum dibebaskan, suspek dikatakan meminta pistol dan anggota UTK bersiap sedia.

Polis melepaskan sedas tembakan dan menyerbu masuk Tadika Serikids pada 3.41 petang untuk selamatkan 34 tebusan lelaki bersenjatakan parang.

Lelaki bersenjata parang yang menjadikan guru dan murid Tadika Serikids di Muar sebagai tebusan, cedera parah selepas ditembak di kepala.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC