Saturday, July 16, 2011

APA LA ZIZAN NEH, NAHI MUNGKAR PUN NAK KENA TANYA KAPIAQ KA..

Pemimpin tertinggi Pas berkata, kerajaan Kedah pimpinan parti itu akan memaklumkan Jawatankuasa pusat parti esok mengenai keputusan melarang pusat-pusat hiburan beroperasi semasa Ramadan.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, yang juga Anggota Jawatankuasa Pas Pusat telah diminta memberikan penjelasan mengenai perkara itu.

"Ia merupakan mesyuarat biasa bulanan jawatankuasa Pas pusat tetapi sejak isu ini menjadi perhatian, kita memutuskan untuk meminta Kedah memberikan taklimat penuh berhubung perkara itu.

"Bagaimanapun, beliau (Azizan) tidak dapat melakukannya kerana mempunyai komitmen yang lebih awal. Sebaliknya beliau akan menghantar seorang wakil untuk menjelaskan isu itu," katanya ketika dihubungi.

Kerajaan negeri mengumumkan pada Rabu berhubung keputusannya menguatkuasakan larangan kepada pusat-pusat hiburan termasuk pusat karaoke dan disko beroperasi sepanjang Ramadan mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997.

Bagaimanapun, keputusan itu dikecam pelbagai pihak terutama parti politik seperti MCA dan Gerakan.

Malah, rakan pakatan pembangkang, DAP meminta kerajaan Kedah pimpinan Pas supaya membatalkan pelaksanaan larangan ke atas 13 jenis hiburan semasa bulan Ramadan.

Mustafa berkata, kepimpinan parti hanya akan memberikan reaksi berhubung perkara itu selepas mendapatkan penjelasan semasa mesyuarat itu yang akan diadakan di ibu pejabat parti di sini, esok. — Bernama

TERANG JANGAN TAK TERANG JANGAN DAH TERANG LAGI BERSULUH


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

1 comments:

  1. nie orang yg publish post tak takut dose ke..pikir elok2 la...benda tueh melibatkan orang bukan islam kalau ditutp bukan nya umat islam sahaja..pikir2 la nabi dah kata kamu dengan agama kamu,aku dengan agama aku....apa hal kita nak ganggu mereka dengan tutup pusat hiburan semata2 untuk umat islam...awk tulah main sedap je kata...logical akal takda guna ke..

    ReplyDelete

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC