Saturday, July 16, 2011

AL JUBURI PENCETUS REVOLUSI KEAMANAN NEGARA..

Banyak revolusi yg perlu dilakukan dalam diri Anwar Ibrahim dan PKR sendiri sebelum ketua pembangkang itu mahu merevolusikan negara.

Setiausaha Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Malaysia, Mohd. Jurit Ramli berkata, antaranya kes liwat melibatkan Anwar yg akan dibicarakan dalam peringkat membela diri pada 8 Ogos ini dan dakwaan penglibatannya dalam klip video seks dengan seorang wanita China.

"Dalam PKR sendiri, dia kena bermuhasabah kenapa ramai pemimpin kanan dari segala peringkat termasuk setiausaha sulit dan timbalan presiden sanggup meninggalkan parti itu atau menarik diri daripada bertanding... kenapa yang rapat dengan dia menjauhkan diri.

"Jadi, janganlah racuni pemikiran rakyat untuk melakukan revolusi sehingga memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian pelbagai kaum di negara ini,"

Beliau mengulas kenyataan Anwar seperti dipetik beberapa akhbar Indonesia kononnya Malaysia kini menghampiri proses revolusi ekoran perhimpunan haram Bersih di ibu kota, Sabtu lalu.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC