Anwar Ibrahim akan menjadi saksi pertama yang memberi keterangan di peringkat membela diri pada perbicaraan kes liwat yang membabitkan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Tinggi di sini mulai 8 Ogos ini.
Peguam Sankara Nair memberitahu demikian kepada pemberita selepas Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah menetapkan tarikh perbicaraan disambung mulai tarikh tersebut hingga 26 Ogos ini.
Menurut peguam itu, pihaknya juga akan memfailkan permohonan pada minggu depan untuk mendapatkan perintah agar pihak pendakwaan membawa saksi-saksi ke mahkamah untuk ditemu bual oleh pihak pembelaan sebelum mereka menentukan saksi-saksi lain yang akan dipanggil di peringkat pembelaan.
Pada 16 Mei lalu, Ketua Pembangkang itu diperintahkan membela diri setelah mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie atas pertuduhan tersebut.
Hakim Mohamad Zabidin membuat keputusan itu selepas meneliti kesemua keterangan saksi di peringkat pendakwaan dan berpendapat bahawa Mohd. Saiful Bukhari sebagai saksi utama pendakwaan adalah saksi yang benar dan keterangannya boleh dipercayai
Anwar, 64, dibicarakan setelah mengaku tidak bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya yang berusia 26 tahun itu di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, N0.99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Wednesday, July 13, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment