Monday, July 11, 2011

Bersih.. Sekalung Penghargaan Diatas Kebinasaan.. Ptuihhh..

TAHNIAH kepada Pas! Mungkin itulah perkataan paling sesuai untuk mengiktiraf 'jasa' parti itu dalam penyertaan pada himpunan haram Bersih semalam.

Pas kini sudah berjaya membuktikan kepada rakan-rakan sekutunya iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP serta badan bukan kerajaan (NGO) yang sehaluan dengan pembangkang bahawa Pas kini benar-benar sebuah parti yang memperjuangkan negara berkebajikan.

Parti itu bersedia melakukan 'kebajikan' dengan menjadikan ibu pejabatnya sebagai satu lokasi untuk berkumpul dan bermesyuarat, mengarahkan Unit Amalnya menjadi benteng utama perhimpunan dan menggesa ahli-ahlinya turun beramai-ramai ke Kuala Lumpur.

Kononnya atas nama perjuangan, menegakkan keadilan dan taat kepada arahan pemimpin, kesemua mereka sanggup meninggalkan anak isteri, ibu bapa dan abang adik semata-mata untuk terlibat dalam perhimpunan haram berkenaan. Berbanding tidak sampai berapa kerat penyokong PKR dan DAP, penyokong Pas paling ramai memenuhi jalan raya di Kuala Lumpur.

Ini belum lagi mengambil kira bagaimana ada penyokong Pas di tanah suci Mekah memakai kemeja T Bersih sebagai tanda sokongan kepada perhimpunan tersebut, begitu juga dengan sekumpulan pelajar Malaysia di Mesir.

Mereka sengaja melupakan bahawa perhimpunan haram berkenaan adalah cetusan idea S.Ambiga, seorang peguam wanita yang telah banyak melakukan tindakan gugat umat Islam termasuklah dalam isu murtad - satu isu yang sering dijaja oleh Pas kononnya menunjukkan kegagalan UMNO menjadi pentadbir Islam yang baik.

Oleh Zulkiflee Bakar FB..


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

1 comments:

  1. Bahana pertama memilih Mat Sabun jadi Tim. Presiden PAS...!!!

    ReplyDelete

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC