Tuesday, July 12, 2011

BANGSAT DAPig, Giliran Adun Sekinchan Ng Suee Lim Pula Hina Islam..

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Mohamad Satim Diman hari ini diarah keluar Dewan setelah mempertikaikan tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan, Ng Suee Lim yang dikatakan cuba memetik Hadis dalam perbahasannya.

Tindakan itu diambil Speaker DUN Selangor Datuk Teng Chang Kim setelah Mohamad Satim enggan mematuhi arahannya supaya duduk dan menghentikan perbalahannya berhubung soal agama itu ketika Ng membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2011 pada sidang itu.

Ketika membahaskan rang undang-undang itu, Ng menyatakan beliau mahu membacakan sebuah hadis sebagai hujah untuk menyokong perbahasannya itu namun ditegur oleh Mohamad Satim apakah kesahihan, benar atau tidak hadis yang mahu bacakan oleh wakil rakyat DAP itu.

Bagaimanapun, Ng tidak menyatakan hadis apakah yang beliau mahu bacakan itu selain memberikan alasan bahawa tindakannya mahu menggunakan hadis kerana beliau meminati agama Islam.

Sementara itu, Mohamad Satim ketika ditemui pemberita di luar Dewan menyifatkan Ng tidak layak untuk membicarakan soal hadis kerana beliau bukan seorang Islam selain tidak memahami agama Islam termasuklah tidak memahami hadis Rasulullah SAW itu sendiri.

"Kenapa beliau mahu membicarakan mengenai hadis agama Islam sedangkan beliau tidak beriman kepada agama itu sendiri. Saya melihat tindakannya itu seolah-olah mahu mempersendakan Islam.

"Betul ke beliau tahu hadis? Saya tanya hadis mana, sahih atau tidak, di mana dia rujuk hadis itu, Ng tak jawab," katanya.

Mohamad Satim menyatakan sebagai rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, semua pihak baik daripada apa-apa agama pun sepatutnya menghormati sensitivity dengan tidak mempergunakan agama masing-masing untuk tujuan dan kepentingan tertentu.

"Kalau saya menyatakan sesuatu daripada ajaran agama Buddha, Kristian dan sebagainya dan ia tidak betul, ia sudah tentu menyinggung perasaan penganut agama itu," katanya.

Sementara itu ADUN BN kawasan Kuang, Abdul Shukor Idrus turut menerima nasib sama apabila  digantung selama tiga hari daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri Selangor kerana tidak mengendahkan larangan menyebut nama Yang di-Pertuan Agong ataupun Raja-raja Melayu dalam perbahasan.

Speaker dewan Datuk Teng Chang Kim membuat keputusan itu 3.15 petang tadi setelah Abdul Shukor ditegur berkali-kali untuk tidak berbuat demikian.

Insiden itu berlaku ketika Abdul Shukor membahaskan satu usul tergempar yang dikemukakan oleh ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad, berhubung perhimpunan haram Sabtu lepas pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Tindakan itu menyebabkan kesemua ADUN  BN  bertindak keluar meninggalkan dewan bersama Abdul Shukor.

Ketika ditemui pemberita di lobi bangunan dewan, Abdul Shukor berkata keputusan Teng nyata berat sebelah kerana tidak mengenakan tindakan sama ke atas Nik Nazmi yang turut menyebut nama Yang di-Pertuan Agong semasa membahaskan usul itu.

"Speaker tidak adil dalam perkara ini kerana ADUN Seri Setia (Nik Nazmi) turut menyebut nama (Yang Di-Pertuan) Agong dalam pembentangan usul berkenaan.Tetapi mengapa beliau tidak membuat perkara sama (gantung) terhadap Nik Nazmi.

"Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku. Di mana letaknya keadilan?" katanya.

Abdul Shukor turut mempersoalkan bagaimana usul mengenai perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) boleh dibahaskan secara terbuka dalam Dewan itu kerana perhimpunan yang dijalankan itu adalah haram..


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC