Friday, July 15, 2011

HANGAT.. Syed Ali Alhabshee Sekolahkan Kak Jijah..

Nasihat kepada Wan Azizah!

Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dinasihatkan supaya kembali ke pangkal jalan dan membuat pengakuan tentang perkara sebenar berkaitan isu moral serta permainan politik suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sememangnya mengetahui akan 'belang' Anwar, tetapi atas dasar terpaksa beliau tetap mempertahankan kewibawaan suaminya yang semakin teruk tercalar.

Menurut beliau, Wan Azizah boleh menipu seluruh dunia bahawa Anwar adalah manusia yang 'putih bersih' tetapi Allah lebih mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.

''Saya faham sebagai seorang isteri, Kak Wan (Wan Azizah) terpaksa patuh dan taat kepada suami walaupun suami itu pada pandangan masyarakat umum amat menjolok mata budi pekertinya.

''Saya menasihati Kak Wan supaya balik ke pangkal jalan. Mengaku sahajalah bahawa Anwar adalah seperti mana yang seluruh rakyat Malaysia tahu mengenai permainan politik dan isu moralnya itu," katanya di sini semalam.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC